Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

151  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0234.
Ishaq Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'n menceritakan kepada kami, Malik bin Anas menceritakan kepada kami dari Ishaq bin Abdillah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik bahawasanya neneknya, Mulaikah memanggil Rasulullah pada makanan yang dibuatnya. Lalu beliau memakan dari padanya kemudian beliau bersabda: "Berdirilah, kami solat bersama mu!" Anas berkata : "Saya berdiri ke tikar kami yang telah hitam kerana lamanya dipakai, lalu saya memercikinya dengan air. Lalu Rasulullah saw berdiri diatasnya, saya dan seorang yatim membuat shaff di belakangnya, sedang wanita tua (nenek) itu di belakang kami. Rasulullah solat dua rakaat bersama kami kemudian beliau pergi." Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah sahih, pengalaman atasnya menurut ahli ilmu adalah mereka mengatakan: "Apabila ada seorang lelaki dan seorang perempuan berkumpul bersama imam maka lelaki berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang keduanya. Sebahagian manusia berhujjah dengan hadis ini mengenai bolehnya solat apabila seorang lelaki solat di belakang shaf sendirian. Dan mereka mengatakan: "Sesungguhnya anak itu tidak mempunyai solat." Anas di belakang Nabi saw sendirian. Dan urusan itu tidak menurut apa yang mereka berpendapat itu, kerana Nabi menempatkannya bersama anak yatim di belakangnya. Seandainya tidak kerana Nabi saw menjadikan solat bagi yatim nescaya tidak menempatkannya di sebelah kanannya. Telah diriwayatkan dari Musa bin Anas dari Anas bahawasanya ia solat bersama Nabi saw dan beliau menempatkannya di sebelah kanannya. Di dalam hadis itu terdapat dalil bahawasanya ia hanyalah solat sunat kerana beliau bermaksud untuk memasukkan berkah atas mereka.

152  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0179.
Hannad menceritakan kepada kami, Husyain menceritakan kepada kami dari Abuz Zubair dari Nafi' bin Jubair bin Muth'im dari Abu Ubaidah bin Abdullah bin Mas'ud berkata: "Abdullah bin Mas'ud berkata: "Sesungguhnya orang-orang musyrik menyibukkan Rasulullah saw dari empat solat pada masa perang Khandaq sehingga lewat dari malam itu sesuatu (waktu) yang dikehendaki Allah. Lalu beliau memerintahkan Bilal lalu ia azan kemudian iqamat maka beliau solat Zohor, kemudian ia iqamat lalu beliau solat Asar, kemudian ia iqamat maka beliau solat Maghrib, kemudian ia iqamat maka beliau solat Isya'." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa'id dan Jabir." Abu Isa berkata: "Hadis Abdullah mengenai sanadnya tidak mengapa hanya saja bahawasanya Abu Ubaidah tidak mendengar dari Abdullah". Itulah yang dipilih oleh sebahagian ahli ilmu mengenai solat-solat yang terlewatkan, iaitu sesorang iqamat bagi setiap solat apabila ia menunaikannya. Namun jika ia tidak iqamat maka cukup (sah) baginya. Itu adalah pendapat Asy Syafi'i.

153  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0408.
Zaid bin Tsabit memberitakan bahawa Rasulullah saw. membuat sebuah bilik di bulan Ramadhan, dan beliau solat di situ beberapa malam. Lalu beberapa orang sahabat solat pula seperti solat Nabi. Setelah Nabi mengetahui akan hal itu maka beliau solat sambil duduk. Kemudian Nabi saw. datang kepada mereka dan bersabda: "Sesungguhnya aku tahu apa yang telah anda semua lakukan. solatlah anda semua di rumah masing-masing, kerana solat yang paling utama ialah solat seseorang di rumahnya, kecuali solat fardu."

154  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0061.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abdur Rahman bin Mahdi menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Al Qamah bin Martsad dari Sulaiman bin Biraidah dari ayahnya berkata: "Nabi saw. selalu wuduk bagi setiap solat. Ketika Ammul Fattah (menaklukkan Mekah) beliau solat seluruh solat dengan satu wuduk, beliau mengusap sepasang khufnya (sepatu yang menutupi mata kaki). Lalu Umar bertanya: "Sesungguhnya engkau lakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan?" Beliau bersabda: "Dengan sengaja aku melakukannya." Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan sahih. Ali bin Qadim meriwayatkan hadis ini dari Sufyan Ats-Tsauri, ia menambahkan kepadanya "beliau wuduk sekali-sekali." Ia berkata: "Sufyan Ats Tsauri meriwayatkan hadis ini juga dari Muharib bin Ditsar juga dari Sulaiman bin Buraidah bahawasanya Nabi saw. selalu wuduk bagi setiap solat. Waqi' meriwayatkan juga dari Sufyan dari Muharib dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya. Ia berkata: "Abdur Rahman bin Mahdi dan lainnya meriwayatkannya dari Sufyan dari Muharib bin Ditsar dari Sulaiman bin Buraidah dari Nabi saw. secara mursal. Hadis ini lebih sahih daripada hadis Waqi'." Hadis ini diamalkan menurut ahli ilmu, beliau solat beberapa solat'dengan satu wuduk selama beliau belum berhadas. Sebagian dari mereka wuduk bagi setiap solat kerana sunnat dan menginginkan kelebihan. Dan diriwayatkan dari Al Ifriqi dari Abu Ghuthaif dari Ibnu Umar dari Nabi saw. bersabda: "Barang siapa wuduk dalam keadaan suci maka Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan karenanya". Ini adalah sanad yang lemah. Dalam bab ini dari Jabir bin Abdillah bahawasanya Nabi saw. solat zohor dan Asar dengan satu wuduk.

155  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0468.
Hannad menceritakan kepada kami, Mulazim bin Amr memberitahukan kepada kami, dia berkata: "Abdullah bin Badar menceritakan kepada ku dari Qais bin Thalq bin Ali dari ayahnya berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada dua solat witir di dalam satu malam." Abu Isa berkata: "Hadis ini hasan gharib." Ahli ilmu berbeza pendapat mas'alah witir di awal malam, kemudian witir lagi di akhir malam. Sebahagian ahli ilmu dari sahabat-sahabat Nabi saw dan orang-orang sesudahnya menganggap batal witir pertamanya dan mereka berkata: "Hendaknya dia menambah lagi satu rakaat kemudian mengerjakan solat yang belum dia kerjakan, dan di akhir solatnya ditutup dengan witir, kerana tidak ada solat dua witir di dalam satu malam". Seperti inilah Ishaq sependapat. Sebahagian ahli ilmu dari sahabat-sahabat Nabi dan yang lainnya berkata: "Ketika dia sudah mengerjakan witir di awal malam lalu ia tidur dan bangun di akhir malam, maka ia boleh mengerjakan solat apa yang ia kehendaki dan tidak membatalkan solat witirnya. Seperti inilah pendapat Sofyan Ats Tsauri Malik bin Anas, Ahmad dan Ibnu Mubarak, hadis ini lebih ashah, kerana diriwayatkan dari beberapa rawi, bahawasanya Nabi saw mengerjakan solat sesudah mengerjakan solat witir.

156  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0883.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Abul Awash memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Abu Ishaq dari Haritsah bin Wahb di mana ia berkata: "Saya solat bersama-sama Rasulullah s.a.w. di Mina, tempat yang dirasa aman oleh manusia, dan kebanyakan orang mengerjakan solat dua raka'at." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas. Abu 'Isa berkata: "Hadis Haritsah bin Wahb itu adalah hadis hasan sahih. Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawasanya ia berkata: "Saya solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. di Mina, tempat yang dirasa aman oleh manusia, dan kebanyakan orang mengerjakan solat dua raka'at." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas. Abu 'Isa berkata: "Hadis Haritsah bin Wahb itu adalah hadis hasan sahih. Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawasanya ia berkata: "Saya solat bersama-sama dengan Nabi s.a.w. di Mina dua rakaat; demikian juga dengan Abu Bakr, 'Umar dan awal pemerintahan 'Utsman". Para ulama' berbeza pendapat mengenai mengqasar solat di Mina bagi penduduk Mekah. Sebahagian ulama' berpendapat penduduk Mekah tidak boleh mengqasar solat di Mina kecuali bagi orang yang berada di Mina itu memang bepergian. Demikianlah pendapat Ibnu Juraij, Sufyan Ats-Tsauri, Yahya bin Sa'id Al-Qaththan, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Sebahagian ulama' yang lain berpendapat bahawa tidak ada masalah bagi penduduk Mekah untuk mengqasar solat di Mina. Demikianlah pendapat Al-Auza'i, Malik, Sufyan bin 'Uyainah dan 'Abdur Rahman bin Mahdi."

157  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0542.
'Abdul Wahab bin 'Abdul Hakam Al-Warraq Al-Baghdadi menceritakan kepada kami, Yahya bin Sulaim memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dimana dia berkata: "Saya bepergian bersama Nabi s.a.w., Abu Bakr, 'Umar dan 'Utsman dimana mereka mengerjakan solat zuhor dan Asar dua rakaat dua rakaat, mereka tidak mengerjakan solat sebelum dan sesudahnya. 'Abdullah berkata: "Seandainya saya mengerjakan solat sebelum atau sesudahnya nescaya saya dapat menyempurnakannya." Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Umar, 'Ali, Ibnu 'Abbas. Anas, 'Imran bin Hushain dan 'Aisyah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Umar ini adalah hadis hasan gharib yang tidak kami ketahui kecuali hadis dari Yahya bin Sulaim yang bunyinya seperti tersebut di atas." Muhammad bin Isma'il berkata: "Hadis ini diriwayatkan pula dari 'Ubaidillah bin 'Umar dari seseorang dari Ali Suraqah dari Ibnu 'Umar. Abu 'Isa berkata: "Diriwayatkan dari 'Athiyyah Al-'Aufi dari Ibnu 'Umar bahawasanya Nabi s.a.w. mengerjakan solat sunnat sebelum dan sesudah solat (fardu) di dalam bepergian. Diriwayatkan dengan riwayat yang sahih tentang Nabi s.a.w. bahawasanya beliau mengqasar solat di dalam bepergian. Demikian pula Abu Bakr, 'Umar dan 'Utsman pada masa kekhalifahan mereka." Pelaksanaan dari kandungan hadiots ini disepakati oleh majoriti ulamak di kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain. Diriwayatkan dari 'Aisyah bahawasanya ia melaksanakan solat dengan sempurna (tidak qashar) dalam bepergian. Pelaksanaan hal ini adalah berdasarkan riwayat dari Nabi s.a.w. dan para sahabat. Itulah pendapat yang diikuti oleh Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq, hanya saja AsySyafi'i berkata: "Mengqashar itu adalah keringanan bagi seseorang dalam bepergian; apabila ia menyempurnakan solat (tidak mengqasharnya) maka ia telah mencukupinya."

158  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0176.
Muhammad bin Musa Al Bashri menceritakan kepada kami, Ja'far bin Sulaiman Adh Dhuba'i menceritakan kepada kami dari Abu Imran Al Jauni dari Abdullah bin Ash Shamit dari Abu Dzarr berkata: "Nabi saw bersabda: "Hai Abu Dzarr, para amir setelahku adalah mendirikan solat. Maka solatlah akan solat pada waktunya maka solat itu menjadi tambahan bagi mu. Dan jika tidak maka kamu telah memelihara solatmu!" Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin mas'ud dan Ubadah bin Ash Shamit. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Dzarr adalah hadis hassan. Itu adalah pendapat tidak hanya seorang itu solat pada waktunya apabila imam mengakhirkannya. Solat yang peratma adalah solat fardu menurut sebahagian besar ahli ilmu. Abu Imran Al Jauni namanya adalah Abdul Malik bin Habib.

159  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0307.
Hannad menceritakan kepada kami, 'Abdah memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Ishaq dari Az-Zuhri dari 'Ubaidullah bin 'Abdullah dari Ibnu 'Abbas dari ibunya Ummul Fadhl dimana ia berkata: "Rasulullah saw keluar kepada kita sedangkan beliau membalut kepala kerana sakitnya. Beliau lantas solat Maghrib lalu membaca Al-Mursalaat. Setelah itu beliau tidak solat Maghrib lagi sampai bertemu dengan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi." Dalam bab ini ada hadis dari Jubair bin Muth'im, Ibnu 'Umar, Abu Ayyub dan Zaid bin Tsabit. Ia berkata: "Hadis Ummul Fadhl itu adalah hadis hasan sahih." Diriwayatkan dari Nabi saw bahawasanya beliau membaca surah Al-A'raf pada kedua rakaat dalam solat Maghrib. Diriwayatkan dari Nabi saw bahawasanya beliau membaca surah Ath-Thuur pada solat Maghrib. Diriwayatkan dari 'Umar bahawasanya ia menulis surat kepada Abu Musa agar pada solat Maghrib ia membaca surah yang pendek-pendek. Diriwayatkan dari Abu Bakar bahawasanya pada solat Maghrib ia membaca surah yang pendek-pendek. Ia berkata: "Itulah yang disepakati pengamalannya oleh para ulamak." Ibnul Mubarak, Ahmad dan Ishaq berpendapat seperti itu. Asy-Syafi'i berkata: "Disebutkan dari Malik bahawasanya ia tidak suka bila pada solat Maghrib dibaca surah yang panjang, seperti Ath-Thuur dan Al-Mursalaat." Asy-Syafi'i berkata: "Aku tidak membenci yang demikian itu, bahkan aku menyukai agar surah-surah itu dibaca pada solat Maghrib."

160  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1112.
Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk dekat Nabi saw. Tiba-tiba datang orang membawa jenazah. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya beliau, "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi, "Adakah dia meninggalkan warisan?" Jawab mereka,"Tidak!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian datang pula orang membawa jenazah yang lain. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah dia mempunyai hutang?" Dijawab oleh mereka, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah dia meninggalkan sesuatu warisan"?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian dibawa orang pula kepada beliau jenazah yang ketiga. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah ia meninggalkan sesuatu (warisan)?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi saw., "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Sabda Nabi saw., "Solatkanlah teman mu itu!" Kata Abu Qatadah, "Solatkanlah, ya, Rasulullah! Biarlah saya yang menanggung hutangnya. Maka Rasulullah solat untuk jenazah itu."